Pengenalan

Ujian UPSRx ialah sebuah inisiatif tidak rasmi dan diadakan khas sempena pembatalan UPSR pada tahun 2020 yang disebabkan oleh Covid-19. UPSRx bukan ujian rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan bukan bertujuan menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang sebenar.

Objektif Utama

Meraikan ujian UPSR yang tidak dapat dijalankan, dan membolehkan murid Tahun 6 menduduki ujian berasaskan UPSR. Memberi peluang pelajar mengadakan penilaian kendiri (self-evaluation) melalui sebuah pentaksiran tidak rasmi atau ’mock exam’ secara online.

Maksud “x” dalam UPSRx

Dalam dunia pendidikan global, simbol “x” sering digunakan untuk menunjukkan sebuah inisiatif khas.
MITx : inisiatif online percuma dari Massachusetts Institute of Technology (MIT).
Harvardx : inisiatif online percuma dari Harvard University.
TEDx : inisiatif independent berasaskan TED Talks.

Kelebihan

Murid-murid berpeluang untuk mengukur tahap kesediaan terhadap ujian berasaskan UPSR.

Penyertaan

Ujian UPSRx adalah terbuka kepada semua murid Tahun 6 dari seluruh Malaysia yang berdaftar.

Harapan

Memberi motivasi kepada murid serta memberi penghargaan atas pencapaian mereka dalam UPSRx.

Pendaftaran

Pendaftaran dibuat secara individu. Ahli keluarga atau guru boleh mendaftar bagi pihak murid.

Bayaran

Tiada bayaran dikenakan untuk mendaftar dan menduduki UPSRx. E-sijil juga diberikan secara percuma.

Pendaftaran

Pendaftaran UPSRx boleh dibuat secara online melalui pautan berikut: Daftar Sekarang

Data Peribadi

Dengan mendaftar, ibu bapa atau pelajar bersetuju membenarkan data pelajar digunakan untuk tujuan berkaitan UPSRx dan aplikasi Pandai sahaja.

Kad Pengenalan

Nombor kad pengenalan pelajar akan diletakkan pada transkrip ujian masing-masing, sama seperti kebanyakan sijil-sijil pelbagai aktiviti lain.

Nama Sekolah

Jika nama sekolah tidak dijumpai dalam senarai, sila hubungi kami. Untuk pelajar homeschool, sila pilih nama sekolah Homeschool.

Tarikh Ujian

Mengikut tarikh sebenar jadual ujian UPSR: 1 September 2020 hingga 8 September 2020.

Bilangan Soalan

Kertas ujian untuk setiap mata pelajaran mengandungi 40 Soalan Objektif.

Penggubal Soalan

Penggubal soalan UPSRx adalah guru-guru pakar yang berpengalaman menggubal soalan ujian.

Mata Pelajaran

UPSRx merangkumi 4 mata pelajaran: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik / Mathematics (DLP), dan Sains / Science (DLP).

Pilihan Bahasa

Versi Bahasa Inggeris (Mathematics & Science) juga disediakan untuk murid-murid Dual Language Programme (DLP).

Topik Soalan

Soalan UPSRx merangkumi bab & topik sehingga penghujung Tahun 6, berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran (DSKP) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Menjawab

Murid boleh menjawab soalan menggunakan telefon pintar (Android / iOS) atau komputer yang mempunyai akses Internet.

Jadual Ujian

Untuk setiap mata pelajaran, ujian hanya boleh diambil pada tarikh yang dijadualkan. Sila rujuk jadual ujian.

Hari & Waktu

Pada tarikh yang dijadualkan, murid boleh memulakan ujian pada bila-bila masa antara 9 pagi hingga 11 malam.

Tempoh Masa

Setelah bermula, tempoh 1 jam diberikan untuk menjawab. Pemasa (timer) dipaparkan ketika ujian berlangsung.

Persediaan

Jika perlu, Kertas Percubaan 1 & Kertas Percubaan 2 juga disediakan untuk pengguna Pandai Premium (optional).

Pengumuman Keputusan

Hari Pengumuman Keputusan UPSRx dijadualkan pada 1 Oktober 2020.

Sijil & Transkrip Elektronik

Murid yang menduduki UPSRx akan mendapat e-sijil UPSRx (softcopy) & transkrip keputusan ujian (softcopy) secara percuma

Sijil & Transkrip Bercetak

Murid yang juga pengguna Pandai Premium akan mendapat sijil UPSRx bercetak & transkrip keputusan ujian bercetak, melalui pos.

Subjek Dalam Transkrip

Transkrip akan memaparkan keputusan bagi kesemua ujian yang diambil (dimulakan) oleh pelajar. Keputusan bagi ujian subjek-subjek yang tidak diambil, tidak akan dipaparkan.

Perubahan Sijil / Transkrip

Disebabkan penyertaan yang ramai, sebarang permintaan untuk perubahan pada sijil atau transkrip tidak dapat dilayan. Sila semak maklumat pelajar sebelum ujian bermula.

Perkara Pengguna Pandai Pengguna Pandai Premium
Ujian UPSRx
Ujian Percubaan UPSRx 1
Ujian Percubaan UPSRx 2
Sijil UPSRx Sijil Digital Sijil Bercetak
Transkrip Keputusan UPSRx Sijil Digital Sijil Bercetak

Masih ada soalan?

Hantarkan mesej Whatsapp kepada 018-2524143
dan kami akan membalas pertanyaan anda dalam masa 24 jam.

Terbuka untuk pengguna aplikasi Pandai sahaja.

Pendaftaran kini ditutup

Terbuka untuk pengguna berdaftar sahaja