UPSRx ialah sebuah inisiatif yang memberikan set ujian berasaskan UPSR. Ia merupakan sebuah latihan penilaian kendiri (self evaluation) untuk murid-murid Tahun 6 yang terlibat.
Ujian UPSRx adalah terbuka kepada semua murid di seluruh Malaysia yang berdaftar, dan diadakan secara online. Ianya bukan ujian rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Memandangkan Kementerian Pendidikan Malaysia telah membatalkan ujian UPSR pada tahun 2020, ujian UPSRx ini dianjurkan sebagai satu inisiatif untuk mengekalkan semangat cintakan ilmu dalam kalangan murid, khususnya murid-murid Tahun 6. Walau bagaimanapun, ianya bukan ujian rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ujian UPSRx juga diwujudkan khas untuk meraikan tarikh sebenar UPSR pada tahun ini, iaitu dari 1 September 2020 hingga 8 September 2020.
Ujian UPSRx dijalankan secara atas talian, menggunakan platform aplikasi web atau telefon pintar.
Murid yang menduduki UPSRx akan diberikan sijil UPSRx pada Hari Pengumuman Keputusan.
Murid boleh menduduki UPSRx dari rumah atau sekolah masing-masing.
Murid boleh gunakan telefon pintar (Android/iOS) atau komputer.
Murid yang menduduki UPSRx akan mendapat sijil rasmi UPSRx.
Tiada bayaran dikenakan untuk menduduki UPSRx. Ianya 100% percuma
Untuk setiap mata pelajaran, ujian dijalankan mengikut tarikh sebenar jadual UPSR bagi subjek tersebut, seperti yang telah dirancangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tahun 2020.
Kesemua soalan ujian adalah berbentuk objektif dan boleh diambil pada pada tarikh yang dijadualkan.
Kesemua mata pelajaran akan menggunakan dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kecuali bagi mata pelajaran bahasa.
TARIKH | NAMA KERTAS | JUMLAH SOALAN | MASA |
---|---|---|---|
SELASA, 1 September 2020 | Bahasa Melayu - Pemahaman | 40 Soalan Objektif | 1 jam |
RABU, 2 September 2020 | Bahasa Inggeris - Pemahaman | 40 Soalan Objektif | 1 jam |
ISNIN, 7 September 2020 | Matematik - Kertas 1 | 40 Soalan Objektif | 1 jam |
Mathematics (DLP) - Kertas 1 | 40 Soalan Objektif | 1 jam | |
SELASA, 8 September 2020 | Sains - Kertas 1 | 40 Soalan Objektif | 1 jam |
Science (DLP) - Kertas 1 | 40 Soalan Objektif | 1 jam |
Untuk membolehkan murid-murid menduduki ujian dengan mudah, Ujian UPSRx dijalankan mengikut format berikut.
Ujian UPSRx bagi murid Tahun 6 akan berlangsung pada 1 September 2020 hingga 8 September 2020 mengikut tarikh sebenar UPSR.
Hari Pengumuman Keputusan UPSR adalah pada 1 Oktober 2020.
Jika perlu, dua kertas percubaan UPSRx (Kertas Percubaan 1 & Kertas Percubaan 2) juga disediakan sebagai persediaan tambahan.
TARIKH | PERKARA |
---|---|
1 Julai 2020 | Pendaftaran UPSRx dibuka |
8 Ogos 2020 | Kertas Percubaan 1 mula dipaparkan* |
24 Ogos 2020 | Kertas Percubaan 2 mula dipaparkan* |
1 September - 8 September 2020 | UPSRx berlangsung (rujuk Jadual Ujian) |
1 Oktober 2020 | Hari Pengumuman Keputusan UPSRx |
2 Oktober 2020 | E-Sijil UPSRx (digital) & Transkrip Keputusan UPSRx (digital) dipaparkan |
10 Oktober 2020 | Sijil UPSRx (bercetak) dihantar melalui pos* |
* Kertas Percubaan UPSRx & Sijl Fizikal UPSRx adalah optional.
Hanya untuk pengguna Pandai Premium sahaja (tidak wajib).
Ujian UPSRx yang julung-julung kali diadakan ini memberi peluang kepada murid untuk menduduki ujian berasaskan UPSR.
Walaupun UPSRx bukan ujian rasmi, ia memberi motivasi kepada murid serta memberi penghargaan atas pencapaian masing-masing dalam ujian UPSRx.
Murid akan dapat merasai pengalaman sebenar menghadapi ujian seperti UPSR.
Murid berpeluang untuk mengukur tahap kesediaan terhadap ujian berasaskan UPSR
Murid akan mendapat sijil online UPSRx secara rasmi bagi pencapaian mereka.
Murid akan didedahkan kepada ujian secara online, iaitu salah satu bentuk e-pembelajaran.